1. Padamkan lampu dan suiz peralatan elektrik bila tak digunakan - Kurang bil elektrik
Tambahan - Ganti lampu di rumah anda dengan lampu LED, ianya guna kurang tenaga elektrik pada masa yang sama sangat terang.
2. Ganti kepala paip yang meleleh air atau getahnya untuk elakkan pembaziran air - Jimat bil air
3. Rendahkan pakej wifi/internet di rumah, kurang sedikit kelajuan internet tidak menjejaskan penggunaannya - Jimat bil internet
4. Rendahkan pakej astro kepada minimum atau guna Astro NJOI yang percuma je - Jimat bil Astro
5. Berhenti beli suplemen harga beratus ringgit, gantikan dengan madu (harga RM40 sebotol cukup untuk sebulan) atau minyak zaitun (extra virgin olive oil kurang RM20 sebotol cukup untuk sebulan) - Jimat belanja kesihatan
Tambahan - Pengalaman keluarga dan saya sendiri mendapati minyak zaitun sangat berkesan menurunkan tekanan darah tinggi (hypertension) dan paras kolestrol
6. Minum minuman tanpa susu pekat manis masa makan di restoran, contohnya teh O, kopi O, horlick O dan lain-lain - Jimat dan bagus untuk kesihatan
7. Kurangkan penggunaan kad kredit, kalau terpaksa guna bayarlah dengan cepat - Jimat caj/riba kad kredit
8. Anak-anak bawa bekal makanan dan air ke sekolah - Jimat belanja anak sekolah
9. Untuk bersantai elakkan bawa anak-anak ke shopping complex tetapi pergi ke taman permainan atau rekreasi - Kurang belanja dan lebih menyihatkan
10. Simpan beg plastik yang dapat masa membeli belah untuk digunakan semula sebagai plastik sampah - Jimat duit beli plastik sampah
11. Beli sayur, buah dan barang segar lain di pasar tani - Jimat belanja dapur
Tambahan - Boleh juga beli beli sayur dan buah secara terus dari petani. Beli ikan secara terus dari nelayan atau penternak juga boleh menjimatkan.
12. Beli barang dalam kotak atau botol besar untuk lebih jimat belanja contohnya 1 sos tomato botol besar kalau dikira lebih murah dari beli 2 botol kecil yang sama berat - Jimat belanja dapur
13. Tanam pokok seperti cili, kunyit, serai, limau dan lain-lain di sekitar rumah - Jimat belanja dapur
Tambahan - Beli pasu dan anak benih dikedai RM2.
14. Hampas teh dan kopi, dan air basuhan beras boleh digunakan sebagai baja - Jimat
15. Bayar bil elektrik, air dan lain-lain secara online banking - Jimat duit petrol dan jimat masa
16. Keluarkan barang-barang berat yang tidak perlu dari kereta, bila kereta ringan penggunaan petrol akan berkurang - Jimat belanja petrol
17. Untuk jalan jarak jauh guna petrol RON97, jalan jarak dekat guna RON95 - Jimat belanja petrol
18. Jika terdesak boleh beli tayar secondhand di kedai tayar lebih kurang RM50 sebiji
19. Kadangkala beli dan guna kereta secondhand lebih jimat berbanding kereta baru - Kurang beban hutang
20. Upah kawan atau jiran yang berkemahiran untuk kerja baiki paip, elektrik, kereta atau motosikal - Kos berpatutan dan erat silaturrahim
Subscribe to:
Posts (Atom)